Persiapan Awal

Tak pernah aku rasa pegi shopping sampai nak tercabut kaki. Kali pertama adalah semalam (ahad). Gila. Hehehe.

Khairul datang dari KL turun ke Pahang last minit. Ni semua mak punya idea. Huhuhu. Dah pukul 8.30 pagi baru bagitau nak gi pilih cincin bertunang. Aku tak boleh cuti isnin. Jadi, balik hari lah. Khairul sampai Keratong pukul 11.30 pagi. Aku budget dia sampai kul 12.30 tengahari coz dia gerak pukul 9 pagi. Laju giler mamat ni bawak kete. Lepas bersiap dan makan, kami gerak ke KL. Lebih kurang pukul 3 petang sampai. Kalau Kuantan ada Habib Jewel, tak lah kami susah2kan diri pergi KL lewat2 begini. Hasil persetujuan mak dan kak ngah (kakak ipar aku yang ikut sekali), dapatlah aku satu cincin merisik. Nah.



Disebabkan Habib tak ada cincin emas kuning yang bermata berlian, (biasalah, mak2 punya stail, kalau tak ada permata tak sah) kami pergi Poh Kong. Ni untuk cincin bertunang pulak. Dalam masa sama nak cari cincin langkah bendul kakak aku punya (Kak Izan). Dah jumpa.





Picture tak leh la banyak-banyak, dah basi pulak bila kenduri nanti. Haha. Harga rahsia.

Kami berhenti membeli belah pada pukul 9.40 malam setelah hampir semua kedai tutup.

Lemah longlai tulang temulang masing2. Sampai rumah pukul 1 pagi.

Kasut Khairul dari jenama Valentino Rudy, one set baju melayu dan songket telah pun aku beli. RM 500 something juga habis. Tapi itu bukan masalah, yang penting berkualiti dan kami puas hati. Handbag & kasut Carlo Rino aku, baju pasang Kak Izan (undang2 langkah bendul) juga sudah dibeli Khairul. Dia lagilah, orang lelaki, banyak berhabis.



Aku sangat-sangat lega kerana hampir 90 peratus barang hantaran telah dibeli. Yang belum beli cuma songkok Khairul & baju pasang aku. Khairul tak ada masalah dari segi masa. Cuma aku yang terlalu sibuk di hujung minggu. Ni pun kebetulan kesemua kelas aku dibatalkan pada hari ahad. Lepas ni tak tau bila pulak leh beli barang2.

Kepada pasangan yang baru merancang di luar sana, nak pilih satu2 barang untuk hantaran ni bukannya senang. Bukan juga perkara main2. Nampak mudah, tapi kena teliti betul2. Memang letih amat tapi pasti berbaloi. Bertunang orang anggap sempoi, tapi tidak bagi kami yang agak2 cerewet ni. Hehehe. Sekali seumur hidup je tau. Tunang pun dah macam nak kahwin.

Kepada abang sayang, i know this is for us. Our happiness... until the end. I love you so much and thanks to Allah because there's no big problem during we (abang, sayang, mak and Kak Ngah) spend the time together at KL. I am truly happy. I can see the same things in your eyes.

Semoga hajat kita diberkati dan dapat direalisasikan sampai ke akhirnya. AMIN.

- zieyla

Nasi Minyak Brader Saifullah

Hari ni brader masak breakfast untuk kami. Pergh... mung mache oghe tino la brader... memang mantop nasi minyak ayam merah mung... tapi kami tau strategi perniagaan beliau... kalau ada sesapa nak tempah katering dengannya leh la hubungi Uniten segera... hahaha...









Adrenalin

Yay! Sangat heppii... dapat album terbaru Faizal Tahir yang bertajuk Adrenalin... wahwah... dia tahu gue suka bangat sama FT... meacih abang!



Surprise... surprise...



Simbol FT - Gile gempak



Track list yang dimuatkan dalam album ini:

1. Adrenalin
2. Superhero
3. Selamat Malam
4. Karma
5. Hanyut
6. Bencinta
7. Muzik
8. Hanyut Acoustic
9. Semesta
10.Semesta Hidden Track

Superb... dan lagu yang paling aku suka dengar dalam kereta ialah Hanyut Acoustic.... bisa tidak tidur malam... hehehe... pasni leh la layan Adrenalin sampai lebam...



- zieyla

Aiskrim

Lately ni boleh dikatakan hari2 aku makan aiskrim. Tapi aiskrim coklat je. Cam Kit Kat, Cornetto and lain2. Haisshh... sampai anak2 saudara aku naik paham la ngan habit mak sedara dia yang satu ni. Mengalahkan budak2.

Tapi itulah yang aku rasa bila dah tak tau sangat nak makan apa. Aku ni kurang selera makan sikit. Kalau ada masa2 dah lapa sangat and takde idea, aku makanlah aiskrim. Sure kenyang. Dalam masa yang sama wat diri ini jadi hepi dippie tak seperti biasa. Benarlah saintifik mengatakan, coklat mampu menceriakan seseorang.

Nyamy nyamyy...





Bersama Afiq, anak sedara aku yang no 7, juga penggemar aiskrim. Dia sangat suka keluar dengan aku sebab habuannya begitu setimpal. Hehe!

Mencari Kesegaran

Aku betul2 ingin kembalikan tenaga aku yang dulunya bersemangat dan kuat. Sekarang ni aku rasa letih. Bagaimana untuk kembali segar dan menggantikan semula tenaga yang banyak hilang untuk bekerja & berulang alik belajar? Aku penat dan bosan.

Jadi aku nekad untuk rilekskan diri ini. rehatkan minda. Paling penting mahu fizikalku ini cergas. Hanya satu di kepala. Urut. Ye. Badan aku ni perlu diurut. Aku memilih Spa Ida di Desa Jati, Muadzam Shah untuk lakukan itu. Sure korang tak pernah dengar spa ni. Aku tak peduli apa orang kata, spa murah ker, takde class ke, yang penting aku tak mahu berlengah lagi. Sudahlah aku ni tak ada masa sangat. Dua hari berturut2 berkunjung ke Spa Ida. Ok. Harga memang berpatutan dengan service dia yang baik.

Aku sempat lakukan cucian + treatment rambut + refleksologi = RM 70. Yang tinggal hanya sauna aroma terapi & facial saja yang belum dibuat. InsyaAllah, kalau cuti waktu terdekat ni, aku cuba cari ruang lakukannya. Disini attach gambar sepanjang melakukan treatment. Gambar masa cucian & wat refleksologi takdelah ye. ツ















Sedikit ceria kan? Hehehe. Yang penting Khairul suka. Dialah orang yang menyokong 100% aku buat ni. Tak sabar untuk next appointment.

Bye semua.

Appreciation Dinner

Equatorial Bangi.

First time received invitation dinner bersama Dato’ Shahril EVC of SapuraCrest . My role in this CROP is working together with Norsilah as a Champion to identified CROP initiates for UWS.

Before I explain details about this event. Let me explain what is CROP FY2010 all about. CROP is a Cost/Resource Optimisation Programme. Lead by our Chairman Abdul Hamid Othman or lebih dikenali sbagai AHO. What can explain about first year CROP launching last year is absolutely victorious. CROP launch to maximize profit and to minimize cost.

On that night presentation:

1) Champions(Leader) and the team representatives will be called on stage to shake hands with our EVC, CEO n CROP Chairman
2) Working Reps/Champions will receive the plaques from EVC



UWS being assign on table no 2

1) Annuar Faisal
2) Khairul
3) Norsilah
4) Hisham
5) Khairil



MENU of that night



Stater



Crab Meat Soup



Rice



Side-dish



UWS team member on the slide



Plaque received by Norsilah



Thanks to CROP Committee for organizing such delicious and wonderful night that I can remember for another year to come. Hope UWS will work together to achieve this year CROP 2 that launch that night.

- Khairul

Lapangkan Hatimu

Kepada En Ridzuan Bin Haron. Saya merupakan pengunjung 'sekali sekala' blog awak suatu ketika dulu. Sekian lama berhenti. Hari ini, saya kembali meninjau. Entah mengapa, terlintas pula. Khabarnya ayah awak meninggal dunia. Takziah dari saya. Saya nak leave a comment kat blog awak, tapi tak boleh. Dikehendaki untuk menjadi follower terlebih dahulu. Malangnya, saya tidak mahu awak tahu saya.

Mungkin awak masih ingat, dan tidak mustahil juga awak sudah lupa mengenai saya. Perkenalan yang tak berapa hari cuma. Saya yang mengundur diri.

Saya tertarik sangat untuk membalas cerita awak yang bertajuk 'cinta'.
Sabarlah. Saya pernah merasa kecewa. Malahan lebih teruk daripada apa yang awak rasa. Beza antara kita adalah, saya perempuan dan awak lelaki. Mungkin penyampaian tidak serupa. Percaya atau tidak, yang manis itu kadang2 adalah racun berbisa. Tetapi yang pahit itulah memberi seribu makna. Kalau kita berperangai elok, InsyaAllah... tuhan akan beri yang lebih baik buat kita. Kesedihan hari ini adalah ujian. Segala yang berlaku pasti ada hikmah. Cuma awak perlu bersabar sedikit saja. Lambat atau cepat itu adalah kerjaNya. Bila awak jumpa hari tersebut, pasti awak akan jelas kenapa yang Di Atas mengaturnya begitu. Apa guna si gadis pujaan jika sekadar tempelan semata. Belajarlah perlahan2 untuk menerima orang yang menghargai. Kedengaran agak perit. Bagitahu saya, siapa yang kat muka bumi ni, sanggup menerima orang yang kita tidak ada hati padanya? Tiada. Sentiasalah berdoa agar tuhan membuka pintu hati. Dah terang2 dia sangat menyayangi kita, jadi masalah yang dihadapi turut kurang... kurang pergaduhan dan sebagainya. Itu lebih baik. Silap haribulan, lebih bahagia dari pasangan lain. Seperti saya, yang sudah mengalami itu semua. Tinggal 2 bulan saja lagi saya dan dia akan mengikat tali pertunangan. Dan kini, saya sangat menyayanginya.

Wallahualam.

- zieyla

New Refrigerators

Ok, cuma nak share. Aku sangat happy coz dapat menggantikan peti sejuk lama di kampung. Dari jenama Panasonic dengan harga RM 1050, dua pintu dan frozen di bawah. Aku sukakan pattern nya. Harga asal adalah RM 1210. Jenuh Abg Bob (abg ipar aku) duk tawar menawar. Dia memang terer bab2 nih. So aku bagi duit jela. yang lain2 mereka uruskan.

Pada belah malam, barulah aku & keluarga keluarkan peti sejuk tu dari kotak. Seronok dapat menggembirakan mak & ayah. So, here we go.











Hehehe si kecil yang 'membantu' malam tu.

Jumpa lagi. ツ

- zieyla

Sarah & Jannah

Balik bercuti, aku tengok ada coklat choclair atas meja. Ya, aku tahu tu mesti dari Sarah dan Jannah. Student Politech Mara Kota Bharu, yang buat praktikal di sini.


Kata-kata yang diselitkan dengan hasil tangan yang kreatif membuatkan aku tersentuh.

10/3/2010 merupakan hari terakhir mereka berkhidmat di sini. Nangis2 diaorang pada hari tersebut. Masakan tidak, dalam masa 3 bulan mereka di sini, kami sangat rapat walaupun jarang bersama. Aku terharu bila mereka cakap, aku adalah orang yang paling baik dengan mereka.



Kamu juga begitu. Cantik dan baik. Itu yang boleh akak konklusikan tentang kamu berdua. Setiap kenangan antara kita, akan dijadikan kenangan manis yang abadi. Segala bantuan, akak ucapkan ribuan terima kasih. Akak minta maaf kalau ada salah dan silap. Korang memang best. Keep in touch ya... panjang umur jumpa lagi dan selamat maju jaya.

With love.

- zieyla

Paintball



Underwater Services (UWS)

Tarikh : 20 Januari 2010
Tempat : Kem Isi Rimba, Kemensah, Ulu Kelang.
Jam : 9.00 pagi - 1.00 petang
Peserta :
20 orang (UWS staffs) sorang tak dapat hadir
Breakfast and lunch provided by Isi Rimba Camp

Organizer :

1) President - Khairul Anuar
2) Vice President - Norhasliza
3) Attandance - Asmawi
4) Logistic - Farhan
5) Promotion Marketing -
Noraini

This video and picture produced by me, thats why my picture is not there.

Thanks to all donors yang menderma wang mereka untuk beli extra bullet. First time, I organize kan aktiviti ni untuk UWS semenjak UWS ditubuhkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebelum ni banyak idea nak buat. Macam badminton, bola padang dan bowling tapi tak kesampaian sebab sibuk dengan kerja. Company ni kalau free pun bulan 11 sampai bulan 2. Lepas tu dah busy nak support operation activity. Seronok tengok masing2 punya gelagat dan merapatkan lagi silaturrahim antara inter dept dan bos2 besar. I'm proud of it.

- Khairul

Telegift

Baru berpeluang membuka bungkusan pos yang sampai di office dua hari sudah... pada hari berkenaan aku masih cuti peperiksaan... aku sangat berharap ia bukan bom atau katak... hehe... terharu melihat sejambak bunga dan teddy bear...
Bunga tersebut diletakkan dalam pasu yang tak berisi... menjadi penyeri kabinet fail ku...
Terima kasih kepada Kay atas kata2 semangat yang diberikan... aku juga seperti kamu... mengharapkan success dalam peperiksaan yang hanya tinggal satu paper saja lagi ini...
.-wish me luck-