Kursus Customer Service - Port Dickson

Day 1
Gerak ke Residence Desa Lagoon Resort menaiki kenderaan Uniten.



Cantik kan resort ni? Aku yang tadinya mengantuk giler sepanjang perjalanan, terus terbuka luas biji mata. Dalam fikiran pun duk terbayang... macam mana la agaknya berkursus di sini selama 3 hari.
Pemandangan dari atas bilik menginap...
Tepat bagai diduga, kursus ni lebih kepada 'makan angin' je. Hahaha. Relaks giler. Asyik makan, makan dan makan. Takde keje lain...
Yang tak seronoknya, dah mula rasa tak sedap badan. Nak demam agaknya. Terus ke klinik berdekatan, memandangkan sekarang ni wabak influenza semakin menular.
Syukur alhamdulillah, cuma demam panas biasa kata doktor. Tapi suhu badan menunjukkan 102. Mak aih... aku rasa ni luar biasa...
Aku nak sangat sihat supaya boleh join external activity hari besok. Ubat makan ikut time... tak boleh mandi lama2... tak boleh makan buah... ais tidak sekali2... tak bole buat aktiviti lasak... rehat secukupnya... oh doktor!!
Day 2
Hahaha... aku dah sihat... walaupun tidak sepenuhnya...
tak boleh layan sangat demam ni, kang makin menjadi-jadi... cergas zila, cergas!
So dapat la menyertai aktiviti pantai... :)
Day 3
Hari terakhir ini kami isi dengan presentation. Hasil2 keje memang macam tadika. Hehehe.
Sebelum balik ke Pahang, sempat kami memborong di Teluk Kemang... chaiyok...
Sampai kapan bertemu lagiii....papaiiii......

0 Komen: