worry-free

Mak cakap nak berkelah, aku terus terfikir Summerset At Rompin. Al maklumlah, walaupun perjalanan cuma 1 jam, tapi kami tak pernah pun pergi tempat ni. Menarik juga ya. Baru aku tau ianya 5 star. Rate harga pun bole tahan murah. Kami stay di sini semalaman.








Gambar2 di atas diambil semasa kami dah check out. Setelah semuanya bersetuju, kami sepakat untuk jalan2 kat kampung emak di sekitar Rompin pula. Dan lokasi yang kami aim ialah Tanjung Tengku.


Berlakulah satu insiden. Sebelum ke Tanjung Tengku, kami singgah Pasar Kuala Rompin untuk membeli makanan serba sedikit. Entah macam mana, tercicir sebelah kasut aku kat parking. Ni la akibat suka cabut kasut masa drive. Baru perasan bila dah sampai Tanjung Tengku. Makkkkk kasut ada sebelah jer.

Last2, pakai la selipar extra mak yang besor gedobosh tu... hehehe...
Menginjak ke tengahari, kami pun dah lapar amat. Terus mak ngan Mak Su bagi idea makan kat Jeti Cik Long Khalid... katanya tempat bermain masa kecik2 dulu...

Emmm... bestnye... nyaman jer kat sini... rasa tanak balik... tapi kena balik jugak... esok nak keje... sebelum pulang, aku dah membuatkan semua orang marah sebab patah balik ke parking Pasar Kuala Rompin... nak ambik kasut yang tercicir tu... hahaha... jauh gile... tapi tak kira... nak gak ambik... semua wat muka tension jer....
Nasib baik ada lagi... (erk, ada ke orang nak amik kasut sebelah???) hehehe... sebenarnya sayang kasut ni... coz pemberian Kak Syu...
Semoga ketemu lagi... babai....

1 Komen:

Anonymous said...

ai x kan la bawak bekal keluar dari summerset tu