Aku juga menggosok pakaian abang2 aku selain memakaikan samping songket untuk diaorang (bukannya pandai sangat, diaorang yang suruhhh).
Berjaya! Misi nak buat nasi tomato tercapai. Haha... tak sangka menjadi, dan dapat pujian daripada kakak2 aku yang cerewet tu. Hehehe... lepas sembahyang... yang lelaki2 pun ngapppp...
Pagi yang penuh kemuliaan dan kegembiraan ini Kak Izan menghadiahkan aku kerongsang. Cantik... terima kasih kak...
Dari kiri : Nur Farisha Adriena Amil, Mohd Amirul Afiq Nawi, Farhan Haziq Mohd Nazari, Firdaus Haqimi Mohd Nazari, Fahim Humaidi Mohd Nazari & Mohd Haqim Fadziul.
Dua orang lagi anak sedara aku tak tahu ke mana menghilang... awal2 pagi lagi dah lesap cari duit raya kot... kuikuikui...
Sebelah malam...
Tua2 pun main bunga api daa... tapi mercun, perempuan tak dibenarkan main... jejaka2 sahaja... because mercun yang diorang guna semuanya berisiko tinggi...
Terima kasih ya Allah, atas pertemuan sekeluarga ini... bukan senang untuk kami berkumpul... terima kasih juga atas kebahagiaan yang Engkau berikan... hambamu ini pasti merindukan Ramadhan.... ..
0 Komen:
Post a Comment