Pergi Tak Kembali

Sepupu aku, Yanti, meninggal dunia semalam, 6/9/09 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sabit kematian, kanser tulang pada usia yang muda, 28 tahun.

Kehilangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tuhan lebih sayangkannya. Seluruh ahli keluarga terasa dengan pemergian arwah yang lembut, berperibadi baik, peramah dan mudah tersenyum. Aku sendiri agak rapat dengannya. Menerima berita pada 1.17 pagi semalam, seakan sudah dijangka. Hampir setahun dia menderita sakit.

Aku hanya memandang sebak semasa jenazah dimandikan. Bagaimana pula dengan giliran aku nanti? Sama. Begitulah keadaannya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma bila dan kenapa, menjadi perbezaan. Dan saat arwah dibawa keluar untuk dikebumikan, aku tahu pemergian itu takkan kembali sampai bila-bila.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat di bulan ramadhan yang berkat ini ditambah pula dengan hari istimewa Nuzul Al-Quran.

Takziah diucapkan kepada Pak Ngah Rashid sekeluarga, suami allahyarham dan dua orang anaknya. Al-fatihah.

0 Komen: