Menjelang Syawal

.


Aku tiba di kampung pada hari sabtu, tepat pukul 12.21 tengahari. Kelihatan kesemua adik bradik sudah sampai dan pelita jugak sudah siap dipasang ayah. Membuatkan aku teruja menyambut aidilfitri kali ini!




Buwekk... jangan arap la zila... ko kena potong ayam tujuh ekor... esok dah raya... anak dara tak leh senang lenang kat rumah.. kena tolong memasak... huhu...

Alkisah potong ayam... tangan sampai bengkak2 disebabkan parang tumpul... macam2 jenis pisau pakai... still tak jalan... tangan tak ong kot...



Antara ayam yang siap dipotong... dan dijadikan rendang...



Di hari menganyam ketupat ni, kami sekeluarga menyediakan ketupat palas seperti tahun2 sudah.



Tak lupa juga makanan untuk berbuka. Untuk hari terakhir berpuasa, kami buat mee goreng, kuih sikit dan selebihnya beli aja.





Suasana bertambah2 meriah dengan kehadiran abang Faizal sekeluarga (abang kepada kakak iparku). Diaorang tak ada kampung. Rumah emak la yang abang Faizal tuju sekiranya tidak ke rumah mentua sebelah isterinya. Dengan seorang cahayamata mereka, Muhammad Adib, kami ceria. Dah 3 tahun rumah ni tak kedengaran suara baby.



Jeng jeng jeng.... ada orang jeles lah.




Hahaha.... Fahim, cucu mak yang bongsu.... selalunya jadi perhatian dan dimanjakan... tiba2 orang fokus pada Adib, dia jadi tekejut budaya.... tapi sebelum berbuka puasa, aku nampak Fahim duk dekat2 ngan Adib.... dah suka nampak?? ;-)





Terpaksa makan kat bawah jer memandangkan ramai sangat. Pada belah malamnya aku tido pukul 2 pagi. Duk menggoreng ayam untuk nasi tomato besok. Menu utama ni, menyebabkan aku tak bole join main mercun... yang kedengarannya menarik kat luar sana. Huhu...




Bahan2 untuk acar juga dah ready untuk ditaruk cuka, garam dan gula selain bawang dan sebagainya. Menjadikah nasi tomato aku ni??? Kita lihat saja nanti.

.

0 Komen: