Baru-baru ni aku menghadiri majlis perkahwinan ex housemate aku, Kamaliza di Muar, Johor. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana setelah mengharungi pelbagai ranjau kehidupan, dapat membina masjid pada usia 35 tahun. Akhirnya.
Aku, mak & akak sampai lewat ke Muar iaitu pada jam 4 petang. Waktu tersebut Kak Liza dah pun cuci make up & salin tudung. Walaubagaimanapun aku sangat gembira melihat wajahnya yang jelas berseri2 & happy.
Selamat Pengantin Baru Kak Liza & pasangan.... lupa la nama pengantin lelaki.... hehehe... semoga perkahwinan berkekalan sehingga ke hujung nafas.... masa ni pengantin lelaki sibuk tolong orang cuci belanga kat luar, takde gambo dia..
Mak dengan baik hatinya menemani aku pada hari tersebut.... terima kasih mak.. :-)
Kakakku dan Kak Liza.... kali pertama aku jumpa pengantin wat 'peace' bila begambo.. wahaha.... brutal tu tak hilang lagi ye....
Bersama hantaran dari pihak lelaki.....
Memandangkan hari pun dah ala2 nak ke malam gitu, kami pun nak balik... ikutkan Kak Liza n family suruh bermalam je kat situ disebabkan perjalanan yang jauh. Tapi kami decide nak terus je ke KL dengan niat nak jalan2....
Sampai di KL.... kami bermalam di Rumah Universiti Malaya...
Pengalaman bermalam bersama mak & akak kat rumah UM ni, tidak akan aku lupakan....
Hari kedua kami terus ke Kajang.... makan Sate Haji Samuri...
Di belakang antara barangan antik yang Haji Samuri pamerkan kat restoren dia ni.... basikal lama dan lain2...
wokey sate dah sampai..... wah3.... sedapnya....
Air kelapa yang aku order.... favourite nih...
Ngah syok makan, akak suh aku capture gambo dia ngan mak....
Hehehe... I love you mak.... kak....
Dalam perjalanan balik Pahang, kami ikut lebuhraya Karak.... masa ni aku dah penat, so miss Izan yang memandu & dapat la aku tengok pemandangan sambil capture2...
Sampai kat Bentong.... berenti jap.... masa ni dah kusut masai.... letih amat and really mengantuk....
Ikut Lebuhraya Pantai Timur.... singgah Temerloh umah Kak Long.... singgah Kuantan.... amik barang kat Muadzam.... dan hampir pukul 1 pagi baru sampai Keratong.... bole bayangkan bagaimana penatnya kami????
Sampai terus je zzzzZZZZZZZZZZzzzzz.... kebabom.