Serbu Rumah Anas!

.
Raya ke 4 aku dah keje. Huwaa sadis... kena standby.... seingat2 aku, tahun lepas aku standby jugak semasa di Pejabat Pendaftar.

Sampai kat opis, nampak Tiqah, Nuriz, Mohafiz, Anas, Rizal, Kak Mazni n Kak Wan Rose. Ramai jugak yg bernasib malang rupanya. Huahua.

Tiba lunch hour, kami set nak pi beraya umah Anas coz umah dia jer paling dekat ngan opis & bersedia menerima tetamu. Orang lain dekat jugak, tapi hampeh tak bagi datang rumah. Hahaha.








Wan Anas Farhan...


Rumah sapa yang akan jadi mangsa seterusnya? Kita tunggu dan lihat. Hehehe.
.

Hari Raya Kedua

.




Aku menerima selendang daripada Kak Yati & Ahmad Faizal... mereka minta aku memakainya semasa raya... *patut la tanya baju raya aku warna apa yer...?

walaupun simple tp sangat bermakna...



Aku pakai di hari raya ke dua... dan baju adalah pilihan En Shahz...

Terima kasih semua...
..

Hari Raya Pertama

.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan menyambut syawal kali ini. Seawal 5 pagi aku bangun menyiapkan masakan yang tidak sudah. Sementelah itu, mandi sunat hari raya & mengerahkan anak2 saudaraku membuat perkara yang sama.

Aku juga menggosok pakaian abang2 aku selain memakaikan samping songket untuk diaorang (bukannya pandai sangat, diaorang yang suruhhh).





Berjaya! Misi nak buat nasi tomato tercapai. Haha... tak sangka menjadi, dan dapat pujian daripada kakak2 aku yang cerewet tu. Hehehe... lepas sembahyang... yang lelaki2 pun ngapppp...






Pagi yang penuh kemuliaan dan kegembiraan ini Kak Izan menghadiahkan aku kerongsang. Cantik... terima kasih kak...











Dari kiri : Nur Farisha Adriena Amil, Mohd Amirul Afiq Nawi, Farhan Haziq Mohd Nazari, Firdaus Haqimi Mohd Nazari, Fahim Humaidi Mohd Nazari & Mohd Haqim Fadziul.


Dua orang lagi anak sedara aku tak tahu ke mana menghilang... awal2 pagi lagi dah lesap cari duit raya kot... kuikuikui...


Sebelah malam...







Tua2 pun main bunga api daa... tapi mercun, perempuan tak dibenarkan main... jejaka2 sahaja... because mercun yang diorang guna semuanya berisiko tinggi...

Terima kasih ya Allah, atas pertemuan sekeluarga ini... bukan senang untuk kami berkumpul... terima kasih juga atas kebahagiaan yang Engkau berikan... hambamu ini pasti merindukan Ramadhan....
..

Menjelang Syawal

.


Aku tiba di kampung pada hari sabtu, tepat pukul 12.21 tengahari. Kelihatan kesemua adik bradik sudah sampai dan pelita jugak sudah siap dipasang ayah. Membuatkan aku teruja menyambut aidilfitri kali ini!




Buwekk... jangan arap la zila... ko kena potong ayam tujuh ekor... esok dah raya... anak dara tak leh senang lenang kat rumah.. kena tolong memasak... huhu...

Alkisah potong ayam... tangan sampai bengkak2 disebabkan parang tumpul... macam2 jenis pisau pakai... still tak jalan... tangan tak ong kot...



Antara ayam yang siap dipotong... dan dijadikan rendang...



Di hari menganyam ketupat ni, kami sekeluarga menyediakan ketupat palas seperti tahun2 sudah.



Tak lupa juga makanan untuk berbuka. Untuk hari terakhir berpuasa, kami buat mee goreng, kuih sikit dan selebihnya beli aja.





Suasana bertambah2 meriah dengan kehadiran abang Faizal sekeluarga (abang kepada kakak iparku). Diaorang tak ada kampung. Rumah emak la yang abang Faizal tuju sekiranya tidak ke rumah mentua sebelah isterinya. Dengan seorang cahayamata mereka, Muhammad Adib, kami ceria. Dah 3 tahun rumah ni tak kedengaran suara baby.



Jeng jeng jeng.... ada orang jeles lah.




Hahaha.... Fahim, cucu mak yang bongsu.... selalunya jadi perhatian dan dimanjakan... tiba2 orang fokus pada Adib, dia jadi tekejut budaya.... tapi sebelum berbuka puasa, aku nampak Fahim duk dekat2 ngan Adib.... dah suka nampak?? ;-)





Terpaksa makan kat bawah jer memandangkan ramai sangat. Pada belah malamnya aku tido pukul 2 pagi. Duk menggoreng ayam untuk nasi tomato besok. Menu utama ni, menyebabkan aku tak bole join main mercun... yang kedengarannya menarik kat luar sana. Huhu...




Bahan2 untuk acar juga dah ready untuk ditaruk cuka, garam dan gula selain bawang dan sebagainya. Menjadikah nasi tomato aku ni??? Kita lihat saja nanti.

.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

.


السلام عليكم ورحمة الله وبركته and a very good day to all blogger and friend,
I want to take this opportunity to wish everyone,

“SELAMAT HARI RAYA AIDIILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN”


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang serba kekurangan



Reminder:

# Pastikan rumah dikunci dan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman
# Berhati-hati semasa memandu & mendapat rehat yang cukup
# Pastikan kereta diservis dan berada dalam keadaan baik
# Rancang perjalanan anda

Have a safe journey!

Warmest regards,
.

Dapat Award

.


Write Five (5) Interesting Facts About The Person Who Gave You This Award

Aku dapat award ni daripada GadisDisarangChenta... meacih Nuriz! *amazing sangat la blog aku ni ye...? kuikuikui...


Full name Cik Nuriz : Nurul Jannah Abdul Latiff
1st impression aku tentang Cik Nuriz : Cute giler


Selalu buat suara kecik ngan Nuriz memandangkan budok ni mmg kecik sgt
Bawak moto merempit habis
She's caring and sharing
Nuriz adalah gabungan nama dia ngan bf nya itu
Selalu dapat pi kursus sama2. Ngee

Jot Down Ten (10) Interesting Facts About Yourself Or Your Hobbies

Suka sangat ngan baby/kanak2. Sure nyakat punye!
Akan buat2 batuk sambil mengeluh kalo tingat perkara memalukan. HAHAHA
Penonton setia The Biggest Loser
Tak suka menunggu dan ditunggu
Banyak menghabiskan masa dalam my green bedroom - baca buku, berangan
Takut lipas ngan cicak... TOLONGGG
Tak suke tido dalam gelap gulita
Suka gunakan sesuatu barang sampai dah tak bole pakai, baru tuka lain. Cth : HP, handbag
Pekataan peberet : ngokngek
Penah jatuh tegolek depan orang ramai, sekali seumur idup. HUWAAA

Ok Cik Nuriz! Guwe sudah publish ini award... harap kamuk sukakannya~ (-: *-:
.