Souvenir

Lagi buah tangan... kali ini daripada Kak Yan... dia berkursus di Cherating 3 hari lepas...

Agak2 yang mana satu?

Dompet comel yang diperbuat daripada rotan... terima kasih kerana tidak pernah lupa...

Saturn's day

Macam bese, kalau ada kelapangan mesti gi jalan. Geng kuat jalan yang dianggotai Khai, Bomoh, Wer, aku & Tikah telah memilih untuk makan Laksa kali ini.

Outlet : East Coast Mall, Putra Square, Pahang.

Laksa Specialist ini hanya terdapat di Pahang kalau kat Pantai Timur

Laksa Nyonya Melaka & Laksa Lemak Singapore... pilihan aku & Khai. Aku juga order Roti Arab Rendang Tok. Kuat makan kan?? Lapar lah.

Nyam3...

Tikah dengan 3 Bandung Cincau nyer

Bomoh makan dah tak pandang kiri kanan

ABC Wer...

Bila dah habis kitaorang gasak pi karaoke plak... cam suara best sangat... memandangkan Tikah tengah jiwa lara, ditambah pulak dengan birthday dia hari ni... kami pun memekak untuk menghappykan dia.. HAPPY BIRTHDAY TIKAH!! Jangan la menangis... akak dah wat yang terbaik bagi suara ni nampak cam Ziana Zain... kekekeke...

Ada jer yang nak kacau kan??? hinssshh.

Lapar semula... nampak Famous Amos Cookies... slurrrpppp...

Ape lagi... Khai la belanja... hohohoho... mekasih Khai...

Akhir sekali menuju ke Taman Teruntum...

Jaket Baru

.


Dah lama simpan dalam almari... baru arini pakai. Bukan apa... rimaslah.


"Janji rock "

.

Blaus Batik

.
Bangun pagi2, pintu bilik diketuk. Aku menerima blaus batik Terengganu... buah tangan dari Kak Izan semasa berkursus di sana... cantik dan aku sukakannya... thank you kakakku sayang...
.

Konsert Malam Amal Nur Cinta Dihati

Perghhh.... korang tau jela aku ni memang peminat kumpulan In-Team, UNIC & Ustaz Zamri... seakan pucuk dicita ulam mendatang, mereka hadir membuat konsert amal di auditorium Uniten KSHAS bersama dengan Ramli Sarip pada 9 Oktober... harga tiket untuk staff RM10... untuk orang luar RM15....








Berdebar2 masa jumpa dengan Suhaimi & Amir In-team... kedua2nya aku memang admire sejak dulu... suara diaorang.... fuhhh... artis lain tak leh tanding kemerduannya... dan hajat untuk bergambar dengan diaorang tercapai.... lepas begambar... aku cakap, ''bestnye!!!'' Amir ketawa... hahaha... aku ni memang gedik sikit kalau dah terlampau gembira.... ermmmm... tak tido lena pada tengah malamnya... seperti orang angau bercinta... lalalalala... aku dah ada buah hati baru...

Nasi Ayam Gemas

Kak Ani bagitau... kedai nasi ayam yang kami selalu pergi kat Gemas tu dah bukak branch baru kat Taman Yayasan, Segamat.... wahhhh dekat bebenor ler ngan UiTM... diaorang buat open house sempena raya ni... kami pun ape lagi... terjah melodi la...


Dari kiri : Kak Ani, aku, Qurratu Ain & Maria Qibty


Serba sedikit tentang Nasi Ayam Gemas ni... memang glemer sangat di sekitar Johor Tenggara, dan Negeri Sembilan... pada yang belum cuba... memang rugi... pendek kata, tidak terdapat di mana2... meskipun ada yang cuba nak meniru... takkan sama... ala2 secret resepi gitu...

Majlis Jamuan Hari Raya UNITEN KSHAS

Universiti Tenaga Nasional telah mengadakan hari terbuka dan menjemput badan2 kerajaan/bukan kerajaan di seluruh Muadzam Shah.


PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEREBUS KETUPAT:

TARIKH : 4 OKTOBER 2009 (AHAD)
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : SURAU PERUMAHAN UNITEN



MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / RAMAH MESRA AIDILFITRI UNITEN KSHAS:

TARIKH : 05 OKTOBER 2009 (ISNIN)
MASA : 12.00 PM – 03.00 PM Ucapan Timbalan Naib Canselor
Ucapan VC
Bacaan Doa Jamuan
TEMPAT : LOBI WISMA SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Tema pakaian baju melayu/kurung/kebaya.


SEBELUM...





SELEPAS...






Ucapan terima kasih & setinggi–tinggi penghargaan kepada kawan2 sepejabat di atas segala kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini. Kerana sesungguhnya saya tak tolong apa2... turun makan jer. Hahaha... Bos tak kasi jadi AJK. Banyak kerjalah.





Segalanya berjalan dengan lancar, teratur dan sangat sistematik... kira tak berterabur la... tak macam sesetengah open house tuuu... hehehehe... tahun depan jumpa lagi, InsyaAllah.