Kursus Customer Service - Port Dickson

Day 1
Gerak ke Residence Desa Lagoon Resort menaiki kenderaan Uniten.



Cantik kan resort ni? Aku yang tadinya mengantuk giler sepanjang perjalanan, terus terbuka luas biji mata. Dalam fikiran pun duk terbayang... macam mana la agaknya berkursus di sini selama 3 hari.
Pemandangan dari atas bilik menginap...
Tepat bagai diduga, kursus ni lebih kepada 'makan angin' je. Hahaha. Relaks giler. Asyik makan, makan dan makan. Takde keje lain...
Yang tak seronoknya, dah mula rasa tak sedap badan. Nak demam agaknya. Terus ke klinik berdekatan, memandangkan sekarang ni wabak influenza semakin menular.
Syukur alhamdulillah, cuma demam panas biasa kata doktor. Tapi suhu badan menunjukkan 102. Mak aih... aku rasa ni luar biasa...
Aku nak sangat sihat supaya boleh join external activity hari besok. Ubat makan ikut time... tak boleh mandi lama2... tak boleh makan buah... ais tidak sekali2... tak bole buat aktiviti lasak... rehat secukupnya... oh doktor!!
Day 2
Hahaha... aku dah sihat... walaupun tidak sepenuhnya...
tak boleh layan sangat demam ni, kang makin menjadi-jadi... cergas zila, cergas!
So dapat la menyertai aktiviti pantai... :)
Day 3
Hari terakhir ini kami isi dengan presentation. Hasil2 keje memang macam tadika. Hehehe.
Sebelum balik ke Pahang, sempat kami memborong di Teluk Kemang... chaiyok...
Sampai kapan bertemu lagiii....papaiiii......

worry-free

Mak cakap nak berkelah, aku terus terfikir Summerset At Rompin. Al maklumlah, walaupun perjalanan cuma 1 jam, tapi kami tak pernah pun pergi tempat ni. Menarik juga ya. Baru aku tau ianya 5 star. Rate harga pun bole tahan murah. Kami stay di sini semalaman.








Gambar2 di atas diambil semasa kami dah check out. Setelah semuanya bersetuju, kami sepakat untuk jalan2 kat kampung emak di sekitar Rompin pula. Dan lokasi yang kami aim ialah Tanjung Tengku.


Berlakulah satu insiden. Sebelum ke Tanjung Tengku, kami singgah Pasar Kuala Rompin untuk membeli makanan serba sedikit. Entah macam mana, tercicir sebelah kasut aku kat parking. Ni la akibat suka cabut kasut masa drive. Baru perasan bila dah sampai Tanjung Tengku. Makkkkk kasut ada sebelah jer.

Last2, pakai la selipar extra mak yang besor gedobosh tu... hehehe...
Menginjak ke tengahari, kami pun dah lapar amat. Terus mak ngan Mak Su bagi idea makan kat Jeti Cik Long Khalid... katanya tempat bermain masa kecik2 dulu...

Emmm... bestnye... nyaman jer kat sini... rasa tanak balik... tapi kena balik jugak... esok nak keje... sebelum pulang, aku dah membuatkan semua orang marah sebab patah balik ke parking Pasar Kuala Rompin... nak ambik kasut yang tercicir tu... hahaha... jauh gile... tapi tak kira... nak gak ambik... semua wat muka tension jer....
Nasib baik ada lagi... (erk, ada ke orang nak amik kasut sebelah???) hehehe... sebenarnya sayang kasut ni... coz pemberian Kak Syu...
Semoga ketemu lagi... babai....

Seisi WIT/QCC KSHAS Kali Ke-3

Sama seperti WIT lepas, aku masih di kumpulan yang lama iaitu group Admin Power. Hehheh mcm power rangers jer. Tapi ni la kumpulan paling bising... asyik buat lawak jer... terutama brader Saiful ngan Mohafiz. Tak bole blah betul. Nak pecah perut ni ketawa.
Kesemua mereka ni hanyalah berlakon semata-mata memandangkan ada lensa kamera di hadapan. Termasuklah aku. Kuikuikui.
Pembentangan yang bertopikkan permasalahan di setiap unit ini berakhir dengan kehampaan. Disebabkan penceramah masuk lewat selepas lunch, kami tak sempat nak bentang apa yang dibincangkan. Tapi ianya tidak sia2 bagi kami, sekurang2nya kami jelas dengan apa yang berlaku di sekeliling unit.
Permisi. :)