Persiapan Awal

Tak pernah aku rasa pegi shopping sampai nak tercabut kaki. Kali pertama adalah semalam (ahad). Gila. Hehehe.

Khairul datang dari KL turun ke Pahang last minit. Ni semua mak punya idea. Huhuhu. Dah pukul 8.30 pagi baru bagitau nak gi pilih cincin bertunang. Aku tak boleh cuti isnin. Jadi, balik hari lah. Khairul sampai Keratong pukul 11.30 pagi. Aku budget dia sampai kul 12.30 tengahari coz dia gerak pukul 9 pagi. Laju giler mamat ni bawak kete. Lepas bersiap dan makan, kami gerak ke KL. Lebih kurang pukul 3 petang sampai. Kalau Kuantan ada Habib Jewel, tak lah kami susah2kan diri pergi KL lewat2 begini. Hasil persetujuan mak dan kak ngah (kakak ipar aku yang ikut sekali), dapatlah aku satu cincin merisik. Nah.



Disebabkan Habib tak ada cincin emas kuning yang bermata berlian, (biasalah, mak2 punya stail, kalau tak ada permata tak sah) kami pergi Poh Kong. Ni untuk cincin bertunang pulak. Dalam masa sama nak cari cincin langkah bendul kakak aku punya (Kak Izan). Dah jumpa.





Picture tak leh la banyak-banyak, dah basi pulak bila kenduri nanti. Haha. Harga rahsia.

Kami berhenti membeli belah pada pukul 9.40 malam setelah hampir semua kedai tutup.

Lemah longlai tulang temulang masing2. Sampai rumah pukul 1 pagi.

Kasut Khairul dari jenama Valentino Rudy, one set baju melayu dan songket telah pun aku beli. RM 500 something juga habis. Tapi itu bukan masalah, yang penting berkualiti dan kami puas hati. Handbag & kasut Carlo Rino aku, baju pasang Kak Izan (undang2 langkah bendul) juga sudah dibeli Khairul. Dia lagilah, orang lelaki, banyak berhabis.



Aku sangat-sangat lega kerana hampir 90 peratus barang hantaran telah dibeli. Yang belum beli cuma songkok Khairul & baju pasang aku. Khairul tak ada masalah dari segi masa. Cuma aku yang terlalu sibuk di hujung minggu. Ni pun kebetulan kesemua kelas aku dibatalkan pada hari ahad. Lepas ni tak tau bila pulak leh beli barang2.

Kepada pasangan yang baru merancang di luar sana, nak pilih satu2 barang untuk hantaran ni bukannya senang. Bukan juga perkara main2. Nampak mudah, tapi kena teliti betul2. Memang letih amat tapi pasti berbaloi. Bertunang orang anggap sempoi, tapi tidak bagi kami yang agak2 cerewet ni. Hehehe. Sekali seumur hidup je tau. Tunang pun dah macam nak kahwin.

Kepada abang sayang, i know this is for us. Our happiness... until the end. I love you so much and thanks to Allah because there's no big problem during we (abang, sayang, mak and Kak Ngah) spend the time together at KL. I am truly happy. I can see the same things in your eyes.

Semoga hajat kita diberkati dan dapat direalisasikan sampai ke akhirnya. AMIN.

- zieyla

Nasi Minyak Brader Saifullah

Hari ni brader masak breakfast untuk kami. Pergh... mung mache oghe tino la brader... memang mantop nasi minyak ayam merah mung... tapi kami tau strategi perniagaan beliau... kalau ada sesapa nak tempah katering dengannya leh la hubungi Uniten segera... hahaha...









Adrenalin

Yay! Sangat heppii... dapat album terbaru Faizal Tahir yang bertajuk Adrenalin... wahwah... dia tahu gue suka bangat sama FT... meacih abang!



Surprise... surprise...



Simbol FT - Gile gempak



Track list yang dimuatkan dalam album ini:

1. Adrenalin
2. Superhero
3. Selamat Malam
4. Karma
5. Hanyut
6. Bencinta
7. Muzik
8. Hanyut Acoustic
9. Semesta
10.Semesta Hidden Track

Superb... dan lagu yang paling aku suka dengar dalam kereta ialah Hanyut Acoustic.... bisa tidak tidur malam... hehehe... pasni leh la layan Adrenalin sampai lebam...



- zieyla