Ingin aku share kat sini...
Seorang lelaki datang kepada nabi dan bertanya,
''Siapakah orang yang kita patut berbuat baik selepas Allah dan rasul?
Jawab nabi,
''Ibumu'' kemudian
''Ibumu'' kemudian
''Ibumu'' kemudian
''Ibumu''
selepas itu ''Bapamu'' selepas itu orang yang paling hampir denganmu.
Nak menitik airmata aku. Bayangkan 3 kali ganda lebihnya seorang ibu itu daripada seorang ayah, dan berganda2 jauhnya daripada sesiapa jua. Tetapi, cuba lihat diri kita sendiri. Sejauh manakah perhatian, penghormatan dan kasih sayang kita kepada orang yang melahirkan kita? Aduh... tidak seberapa....
Gambar ni diambil betul2 masa 10 Mei aritu, sambutan hari ibu sedunia. Mak tengah sibuk menggembur pokok bunga depan umah... mak mmg tak boleh duk diam... dah suruh jgn wat kerja dan duk relaks je.... tapi tak mo.... dia cakap, tak boleh duk saja2... bosan sementara nak tunggu aku siap masak dan pi jalan2 (janji aku pada dia sempena hari istimewa)...
Sempat aku ambik gambar pokok2 yang mak tanam...
Ada pokok bunga tulang... lidah buaya dan banyak lagi.... tapi yang paling menarik perhatian aku tentunya....
Pokok lidah buaya. Hehehe... sebab bentuknya yang unik dan baik untuk kulit... kalau taruk kat muka sejukkk je kan.... pada sape2 yang nak lebatkan bulu mata pun boleh taruk pati ni.... orang tua-tua cakap berkesan...
Kepada emak, anakmu ini sentiasa mendoakan kebahagiaan buatmu... semoga emak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkatiNya dalam apa jua yang emak lakukan... AMIN.
0 Komen:
Post a Comment