Lapangkan Hatimu

Kepada En Ridzuan Bin Haron. Saya merupakan pengunjung 'sekali sekala' blog awak suatu ketika dulu. Sekian lama berhenti. Hari ini, saya kembali meninjau. Entah mengapa, terlintas pula. Khabarnya ayah awak meninggal dunia. Takziah dari saya. Saya nak leave a comment kat blog awak, tapi tak boleh. Dikehendaki untuk menjadi follower terlebih dahulu. Malangnya, saya tidak mahu awak tahu saya.

Mungkin awak masih ingat, dan tidak mustahil juga awak sudah lupa mengenai saya. Perkenalan yang tak berapa hari cuma. Saya yang mengundur diri.

Saya tertarik sangat untuk membalas cerita awak yang bertajuk 'cinta'.
Sabarlah. Saya pernah merasa kecewa. Malahan lebih teruk daripada apa yang awak rasa. Beza antara kita adalah, saya perempuan dan awak lelaki. Mungkin penyampaian tidak serupa. Percaya atau tidak, yang manis itu kadang2 adalah racun berbisa. Tetapi yang pahit itulah memberi seribu makna. Kalau kita berperangai elok, InsyaAllah... tuhan akan beri yang lebih baik buat kita. Kesedihan hari ini adalah ujian. Segala yang berlaku pasti ada hikmah. Cuma awak perlu bersabar sedikit saja. Lambat atau cepat itu adalah kerjaNya. Bila awak jumpa hari tersebut, pasti awak akan jelas kenapa yang Di Atas mengaturnya begitu. Apa guna si gadis pujaan jika sekadar tempelan semata. Belajarlah perlahan2 untuk menerima orang yang menghargai. Kedengaran agak perit. Bagitahu saya, siapa yang kat muka bumi ni, sanggup menerima orang yang kita tidak ada hati padanya? Tiada. Sentiasalah berdoa agar tuhan membuka pintu hati. Dah terang2 dia sangat menyayangi kita, jadi masalah yang dihadapi turut kurang... kurang pergaduhan dan sebagainya. Itu lebih baik. Silap haribulan, lebih bahagia dari pasangan lain. Seperti saya, yang sudah mengalami itu semua. Tinggal 2 bulan saja lagi saya dan dia akan mengikat tali pertunangan. Dan kini, saya sangat menyayanginya.

Wallahualam.

- zieyla

0 Komen: